Adalah dimaklumkan bahawa JEJAK INOVASI UTeM 2023 telah berlangsung pada 25 Oktober 2023 bertempat di Perpustakaan Laman Hikmah.
Penganjuran program Jejak Inovasi UTeM 2023 yang telah dijenamakan semula daripada Mini UTeMEX sebelum ini telah diteruskan lagi dan dilaksanakan mengikut fakulti tetapi berskala kecil tanpa penyertaan pihak luar. Program ini bertujuan untuk membuat saringan produk inovasi yang berkualiti untuk diangkat ke pertandingan inovasi peringkat antarabangsa di dalam dan luar negara pada tahun 2024.
Penganjuran program kali ke 4 ini menjadi wadah inovasi dalaman yang akan diangkat ke peringkat lebih tinggi di luar UTeM. Sebanyak 74 penyertaan yang melibatkan peringkat dalaman UTeM terdiri daripada semua fakulti yang mana penjurian dilaksanakan secara pembentangan fizikal melibatkan 7 juri professional daripada industri dan 8 orang juri akademik.
Pengarah
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM - Melaka
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)