INFO PPSKR: TAHNIAH! PERTAMA KALI DISENARAIKAN DI DALAM QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2024
28/6/2023 | 08.41
Seperti yang sedia dimaklumi, UTeM telah meletakkan sasaran untuk tersenarai dalam penarafan QS World University Rankings (QS WUR) menjelang tahun 2025.
Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mencapai sasaran ini. Antara inisiatif tersebut adalah melalui kerjasama akademik, kolaborasi penyelidikan dan pelbagai bentuk kerjasama sama ada dengan institusi pengajian tinggi yang lain mahupun dengan industri dan organisasi antarabangsa.
Syukur Alhamdullilah, UTeM buat pertama kalinya telah berjaya disenaraikan sebagai salah sebuah universiti terbaik dunia dalam penarafan QS World University Rankings 2024 dengan kedudukan 1201 - 1400 daripada 2693 institusi yang dinilai.
Pencapaian membanggakan ini pastinya adalah hasil usaha berterusan dan komitmen kepada kecemerlangan yang ditunjukkan dari semua lapisan warga kerja UTeM serta para mahasiswa juga. Melangkah ke hadapan, UTeM akan meneruskan inisiatif yang telah dirancang khususnya bagi meningkatkan kecemerlangan dalam akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan, pembangunan pelajaran, jaringan industri, inovasi dan penjanaan.
Semoga kedudukan UTeM dalam penarafan QS World University Rankings (QS WUR) dapat dikekalkan dan ditambah baik kedudukannya.